#Hiburan: Yonnyboii Akui Pelik Tak Diserang Panik Ketika Akad Nikah

Genap sembilan hari bergelar suami, Yonnyboii menganggap yang pernikahan dengan Isteri tercinta, Nik Nazira Nariman pada 20 November lalu sebagai satu momen penuh magis.

Yonnyboii selamat bernikah
4 hari lalu

(TAHNIAH) Ikat Tali Pertunangan Hanya Sebulan, Yonnyboii Selamat Bernikah

Advertisement

Yonny memaklumkan yang dia pelik apabila langsung tidak berasa gementar mahupun mengalami serangan panik ketika sesi akad nikah selepas sekian lama berdepan masalah kebimbangan melampau atau anxiety.

Saya sendiri pelik sebab beberapa hari sebelum itu saya agak bimbang dengan bermacam-macam perkara bermain di fikiran terutama soal tanggungjawab yang bakal digalas nanti.

Tambah Yonny, apabila dia yakin bahawa itulah jodoh terbaik dan cinta pandang pertama, segala kerisauan terus hilang sebaik Nik Nazira berada di depan menanti mereka disatukan.

Yonny turut memaklumkan yang Nazira menjadi penguat semangatnya sehingga dia mampu kalis kebimbangannya kerana umpama ada magis apabila bersama isterinya terutama pada saat mereka sah bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, Yonny juga sempat memberitahu yang dia menyimpan hasrat mengusahakan perniagaan bersama isteri dan mereka berdua kini sedang sibuk menguruskan urusan berpindah ke kediaman sendiri.

Yonnyboii

Sebelum ini, saya tinggal dengan emak, apabila sudah beristeri kena pandai berdikari.

Ujar Yonny lagi, mereka sependapat untuk memilih tempat tinggal yang dekat dengan kedua-dua keluarga supaya senang untuk menjenguk mereka.

Sekadar info, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah selamat bergelar suami kepada Nik Nazira hanya dengan sekali lafaz pada acara yang berlangsung di Duchess Place, Ampang.

The post Yonnyboii Akui Pelik Tak Diserang Panik Ketika Akad Nikah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments