#Hiburan: (TAHNIAH) Hos Fiza Frizzy Hamil Anak Ketiga, Meskipun Anak Kedua Baru Berusia 6 Bulan

Pengacara Fiza Frizzy mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga biarpun anak keduanya iaitu Mohd Fahad Syamel baru sahaja berusia enam bulan.

Menurut Fiza, pada mulanya dia masih berasa ragu-ragu tentang kehamilannya ini sehinggalah kenalan rapatnya meminta dia untuk membuat ujian kehamilan.

Advertisement

Dalam pada itu, dia berkata kebanyakkan ibu yang baru sahaja melahirkan anak pasti mahu kembalikan badan mereka kepada asal tetapi apa yang membuat dia berasa pelik bila bahagian lagi mengecil, namun bahagian perut tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fiza Saad (@fizafrizzy)

Menerusi temubual bersama pihak Media Hiburan, Fiza memberitahu dia masih belum pasti usia kandungannya itu, barangkali empat ke lima minggu.

Advertisement

Biarpun terkejut dengan berita ini, pengacara itu dan suaminya berasa syukur serta teruja apabila mengetahui bakal menimang cahaya mata ketiga.

Dalam perkembangan lain, Fiza bakal terbang ke Eropah bagi menjalani sesi penggambaran berbentuk travel log pada Januari tahun hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Sotong Appollo hameediyah
3 hari lalu

Tular Resit Harga Sotong RM100, Pelanggan Mohon Maaf Pada Pengusaha Restoran

The post (TAHNIAH) Hos Fiza Frizzy Hamil Anak Ketiga, Meskipun Anak Kedua Baru Berusia 6 Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments