Pelakon, Anita Baharom baru-baru ini memaklumkan perkembangan terkini ibunya, Hajah Wirmah Pawanchee yang sebelum ini kritkal dan mengalami beberapa masalah komplikasi kesihatan.
Difahamkan, ibu Anita telah jatuh sakit sejak minggu lalu dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri namun ibunya kini kembali sedar sekaligus menunjukkan perubahan positif.
Assalamualaikum wbt. Berkat doa semua, para sahabat syurga semua. Alhamdulillah tabarakallah. Mak Ita yang mana minggu lepas tak sedarkan diri, telah menunjukkan respond.
Perkara tersebut telah dikongsikan Anita menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.
Menurut Anita, ibunya kini sudah ada tindak balas apabila dia bercakap dengannya dan dia juga bersyukur kerana ibunya sentiasa mengeluarkan kalimah Allah dan mengucap dua kalimah syahadah.
MasyaAllah. Ada beberapa lagi komplikasi pada Mak.. Ita mohon dia semua lagi moga Allah permudahkan urusan Mak dan Mak diberikan kesembuhan. Ameen ameen ya Rabb.
Dalam pada itu, Anita turut menggunakan hantaran tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan ibu tercinta.
The post Anita Baharom Syukur Ibu Kembali Sedar Selepas Alami Beberapa Komplikasi Kesihatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments