#Hiburan: (TAKZIAH) Isteri Kid Search Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid iaitu Noraznin Yusof, disahkan meninggal dunia akibat kanser darah atau leukemia tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM).

Abang kepada Kid yang juga anggota Search iaitu Din atau nama sebenarnya Nordin Mohd Taib berkata, Noraznin sudah setahun ditempatkan dan dirawat di hospital itu.

Advertisement

Menurutnya, arwah dikesan menghidap penyakit itu pada Disember tahun lalu. Ketika itu didapati kanser sudah berada pada tahap empat dan sejak itu dia menjalani rawatan di sana.

Selama dirawat ahli keluarga memang tidak boleh melawat kerana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ekoran pandemik Covid-19.

Din juga memaklumkan hanya suami sahaja yang dibenarkan atas permintaan isterinya. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya pada awal subuh pagi hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Kid atau nama sebenar Hamzah bin Mohd Taib berkata Noraznin turut mengalami jangkitan pada paru-paru dan terpaksa dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM sejak awal Jun lalu.

Difahamkan jenazah dimandi dan dikafankan pada jam 12 tengah hari tadi dan dibawa ke Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi untuk disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid sama.

Fetty Dzul
2 minggu lalu

(TAKZIAH) Pelakon Veteran Fetty Dzul Meninggal Dunia Akibat Covid-19

The post (TAKZIAH) Isteri Kid Search Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments