Penyanyi, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim berdepan detik cemas apabila anak perempuannya, Nur Amna Qalesya, mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terhantuk di bucu pintu sehingga terkoyak.
Sheila bekata, dia dan Lan yang sedang dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan program Gegar Vaganza (GV) terpaksa bergegas pulang sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden menimpa anaknya itu.
Tambahnya lagi, Sheila sempat melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat punca kejadian.
Jadi nampaklah, luka tu berpunca daripada terhantuk pada bucu pintu. Adoilah anak, nampak gayanya minggu depan sajalah kami ke PICC ya.
Terdahulu, Lan dan isteri pernah berdepan insiden sama apabila anak lelakinya, Akid terkoyak pada bahagian kepala.
Info tambahan, Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff, dan Nur Amna Quxandra.
The post Dahi Anak Terkoyak, Lan Solo Terpaksa Batalkan Kemunculan Di GV8 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments