#Hiburan: “Saya Segan Nak Ambil Bantuan Zakat, Ada Asnaf Lain Lebih Memerlukan” – Bad Indigo

Penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad mengakui berasa malu dan segan untuk menerima bantuan zakat daripada badan-badan kebajikan tertentu walaupun statusnya kini layak untuk menerimanya.

Bad atau nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah yang diuji jatuh sakit dan kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) berkata, dia tidak sanggup untuk menerima bantuan kerana memikirkan terdapat ramai lagi golongan asnaf yang lebih memerlukan.

Advertisement

Menurut Bad, 46, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor ada memaklumkan kepadanya mereka mahu membantu. Tetapi buat masa ini, dia tidak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba.

Penyanyi lagu Ombak Resah itu enggan terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu.

Advertisement

Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?

Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kesihatannya, kata Bad, dia kini masih perlu mendapatkan rawatan di hospital secara berkala bagi membersihkan luka di kaki kiri selepas menjalani pembedahan membuang kesemua lima jari kakinya akibat diabetes.

Bad Ashira Ebit
2 bulan lalu

Selepas Elyana, Kini Giliran Bad Indigo Dikunjungi Ebit Lew

The post “Saya Segan Nak Ambil Bantuan Zakat, Ada Asnaf Lain Lebih Memerlukan” – Bad Indigo first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments