#Hiburan: Didakwa Sorok Majlis Kahwin, Ini Penjelasan Zee Avi

Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Zee Avi tampil menjawab tindakannya merahsiakan pernikahan dengan jejaka dari Jepun, Kenji Matano pada minggu lalu.

Zee atau nama sebenar Izyan Alirahman menjelaskan dia memang merancang untuk berkongsi berita baik itu selepas sesi fotografi perkahwinannya namun gambarnya terlebih dahulu sudah tular di media sosial di luar kawalannya.

Advertisement

Menurut Zee, 35, dia dan suami mahu menunggu gambar perkahwinan yang cantik untuk diedarkan kepada media kerana sudah memanggil jurugambar dan juruvideo.

Tapi ketika saya masih lagi menyarung baju pernikahan, saya perasan notifikasi berkenaan pernikahan saya. Mujur maklum balas yang diterima, positif.

Penyanyi lagu Kantoi itu memutuskan untuk berkongsi dengan media apabila sudah sah bergelar suami isteri kerana mahu berkongsi keseluruhan proses yang agak mencabar.

Alhamdulillah, majlis lancar. Suami saya juga melafazkan akad dalam Bahasa Inggeris dengan tenang.

Advertisement

Jelas Zee, majlis perkahwinan mereka hanya dianjurkan secara sederhana dengan kehadiran cuma 15 orang tetamu.

Info tambahan, Zee dan Kenji mula berkenalan sekitar empat tahun lalu ketika bertemu di sebuah majlis anjuran temannya  dia Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Zee Avi
6 hari lalu

(TAHNIAH) Zee Avi Selamat Bergelar Isteri Kepada Lelaki Jepun

The post Didakwa Sorok Majlis Kahwin, Ini Penjelasan Zee Avi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments