#Hiburan: Guna Jam Tangan Bayar Tol Dan Barangan Farmasi, Perkongsian Wanita Ini Curi Perhatian Netizen

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita telah membuat perkongsian di aplikasi TikTok di mana dia hanya menggunakan jam tangan untuk membuat pembayaran Touch ‘n Go di sebuah plaza tol.

1 bulan lalu

Hadir Dengan Teknologi Premium, Xiaomi 11T Pro Kini Berada Di Pasaran

Advertisement

Malah, wanita tersebut turut menggunakan jam tangan tersebut untuk membeli barangan di sebuah farmasi yang menerima pembayaran melalui aplikasi Touch ‘n Go.

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya dan wanita itu tampil menjelaskan mengenai kewujudan jam tangan tersebut yang turut menyokong fungsi pembayaran mobil itu.

Advertisement

Rupa-rupanya jam tangan tersebut memang wujud dan menyokong aplikasi pembayaran tersebut namun telah dihentikan pengeluaran kerana tidak mendapat sambutan pembeli.

Jam TNGSumber : The Vocket 

Jam tersebut difahamkan keluaran syarikat Touch ‘N Go dan ia dikenali sebagai ‘Time Traveller Watch’ yang mampu menggantikan kad pembayaran yang digunakan hampir keseluruhan pengguna kala ini.

Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok tersebut, ramai netizen tampil berkongsikan pengalaman menggunakan jam tersebut yang dikeluarkan sekitar tahun 2016 yang lalu itu.

Namun disebabkan oleh kurang mendapat sambutan pengguna, pihak Touch ‘N Go telah menghentikan pengeluaran jam tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai barangan ‘rare’ untuk didapati pada waktu ini.

The post Guna Jam Tangan Bayar Tol Dan Barangan Farmasi, Perkongsian Wanita Ini Curi Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments