#Hiburan: “Kiri Kanan Orang Menangis..” – Mawar Rashid Kongsi Reaksi Penonton Persembahan Fazley Yaakob

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid berkongsi suasana ketika dia hadir bagi menyaksikan secara langsung nyanyian persembahan abang iparnya, Datuk Fazley Yaakob di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, ramai penonton yang menitiskan air mata saat menonton persembahan Fazley di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Advertisement

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada Fazley kerana berjaya melakukan persembahan yang menyentuh perasaan orang ramai.

Masa balong perform, kiri kanan orang menangis and congrats juga kepada semua peserta GV8.

Menurut Mawar, 26, dia juga seronok menjadi penonton program tersebut setiap tahun.

Sedih next week tak dapat join sebab dah start shoot.

Advertisement

Terdahulu, Fazley telah mempersembahkan lagu berjudul Laguku Untukmu nyanyian asal Hasnol sekaligus telah melayakkan dirinya mara ke konsert minggu ketiga.

Fazley Yaakob
6 jam lalu

Diharap Tersingkir Awal Dalam Program GV8, Fazley Yaakob Terima Komen Pedas Peminat Dengan Hati Terbuka

The post “Kiri Kanan Orang Menangis..” – Mawar Rashid Kongsi Reaksi Penonton Persembahan Fazley Yaakob first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments