#Hiburan: Cerita Kisah Dalam Kain Dan On*ni, Netizen Naik Jijik Dengan Suhaimi Saad

Kembali menjadi bahan bualan hangat netizen, nama Suhaimi Saad tiba-tiba sahaja muncul kembali berikutan tindakannya berkongsi hal tidak senonoh menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Suhaimi yang digelar Mosus di media sosial dilihat telah memuat naik sebuah tangkap layar berupa mesej peribadi yang dihantar oleh salah seorang daropada pengikutnya.

Advertisement

Dalam mesej tersebut, individu tersebut bertanyakan Suhaimi tentang sebab seseorang lelaki itu kerap melakukan onani.

Tidak segan silu menjawab soalan peminat, Suhaimi memaklumkan bahawa terdapat lima sebab lelaki berkelakuan sedemikian iaitu kuat nafsu, kuat menonton video lucah, isteri tidak pandai melayan, tiada isteri dan tidak berani menambah isteri.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Ina Naim ini juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa melayan suami di ranjang itu adalah suatu ibadah dan menulis ayat ‘hobi SS (merujuk dirinya) adalah beribadah’.

Keluarga Suhaimi Saad

Advertisement

Ia sekaligus menimbulkan perasaan kurang senang dan jijik dalam kalangan netizen yang didakwa seolah-olah sengaja membuka kisah privasi kehidupan suami isteri.

“Jijik ya. Bodoh tak cerita hal dalam kain macam tu? Hebat macam mana pun kalau muka macam kambing, kepam tak mandi 20 tahun, hilang selera please. Sama busuk je laki bini.” kecam seorang netizen.

Malah, ada juga yang tampil mempertikaikan keberadaan Ina Naim yang seolah-olah tidak pernah bersuara terhadap hal-hal kontroversi yang pernah dibangkitkan suaminya itu.

Suhaimi Saad
2 bulan lalu

Suhaimi Saad Ubatkan Anak Demam Dengan Hanya Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah

The post Cerita Kisah Dalam Kain Dan On*ni, Netizen Naik Jijik Dengan Suhaimi Saad first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments