Penyanyi Aliff Aziz kini nampaknya menjadi igauan para peminat yang tidak sabar menantikan persembahannya dalam minggu kedua pentas nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 nanti.
Turut meluahkan rasa gembira, isteri Aliff iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang tidak ketinggalan untuk tampil menitipkan kata-kata semangat buat suaminya itu sempena persembahan yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.
Bella yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini tampil berkongsikan ucapan tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik olehnya di Instagram.
Ketika persembahan minggu pertama, Aliff telah menyampaikan lagu single pertamanya yang berjudul Sayang-Sayang dan berjaya memperoleh markah tertinggi sekaligus melayakkan dirinya untuk mara ke konsert minggu kedua.
Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah juga mendedahkan bahawa dia baru berusia 13 tahun ketika lagu single pertama suaminya itu ke udara iaitu sekitar tahun 2007.
Sekadar info tambahan, untuk minggu kedua nanti, Aliff bakal menyanyikan lagu berjudul Kasih Tak Sampai nyanyian asal kumpulan Padi dari Indonesia.
Terdahulu, Bella telah mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada tahun 2016, kemudian bercerai namun rujuk kembali kemudiannya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
The post Peminat Tak Sabar Tengok Aliff Aziz Di GV8 Minggu Kedua, Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Buat Suami Tersayang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments