Pelakon Zahiril Adzim meluahkan pendapatnya tentang isu yang sentiasa berbolak-balik sekarang ini iaitu mengenai penerbit atau stesen televisyen (TV) tempatan yang terlalu obses dengan jumlah pengikut media sosial sebagai pelaris drama.
Luahan pendapat berbaur sinikal tersebut telah ditinggalkan Zahiril menerusi sebuah komen dalam satu lagi hantaran luahan rasa kecewa yang pada asalnya ditulis oleh pelakon, Amerul Affendi menerusi laman Instagram.
Oleh itu, marilah ‘tong-tong’ beli followers, mungkin di Shopee ada jual. Kau separuh, aku separuh.
Amerul baru-baru ini tampil mempersoalkan sikap kebanyakan penerbit drama tempatan yang terlalu memandang tinggi pelakon utama sesebuah naskhah dengan kekuatan jumlah pengikut media sosial.
Menurut Amerul, selagi ada produser yang ikut sahaja kehendak stesen TV, selagi itulah pihak produksi perlu mencari hero atau herion dengan sejuta pengikut dan ianya bukan salah stesen TV sahaja tetapi salah yang mengipas juga.
Terbaca status seorang kawan dalam industri yang selalu buat (kerja) production manager. Terima kasih kerana turut bersuara.
Tambah Amerul, dia sangat menghargai tindakan seorang rakan dalam industri yang telah bertindak membuat pendedahan berkenaan isu tersebut.
Namun, Amerul kecewa kerana realiti bagi isu tersebut adalah ramai yang akan guna alasan mahu survive dalam industri apabila diajukan soalan tentang masalah itu.
The post Zahiril Adzim Turut Luah Rasa Kecewa, Isu Stesen Tv Obses Dengan Jumlah Pengikut Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments