#Hiburan: “Aku Bela Ayam Bukan Ular..” Jumpa Ular Besar Paha Melingkar Kekenyangan, Erma Fatima Dah Trauma

Pengarah dan juga pelakon terkenal Erma Fatima mengakui dirinya kini trauma berikutan insiden penemuan seekor ular sawa sebesar paha yang sedang melingkar kekenyangan di dalam reban ayamnya namun tidak berjaya ditangkap.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali,53, reptilia berbisa itu telah berjaya menelan seekor ayam di dalam reban yang terletak di hadapan kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang, Rabu lalu.

Advertisement

Ceritanya lagi, dia kemudian menghubungi pihak bomba namun sementara tiba, ular itu sudah melarikan diri.

Advertisement

Semalam saya baru balik dari Kedah, saya turun tengok dalam sangkat tu ada ular tengah belit ayam. Sekarang aku bela ular bukan bela ayam.

Malah, hari Khamis yakni semalam, dia terlihat lagi kelibat ular tersebut sedang tidur di dalam reban namun masih lagi terlepas ketika menunggu kedatangan bomba.

Sehubungan itu, Erma kini merasa trauma dan fobia kerana bimbang ular tersebut muncul kembali dan masuk ke dalam rumah pula.

Ular tu besar, gemuk sebesar paha saya tapi panjang saya tak pasti berapa meter tapi kalau belit orang memang tak selamat.

Jelas Erma lagi, ular itu berkemungkinan datang dari hutan berhampiran kediamannya dan tidak menafikan reptilia itu telah menyebabkan ayam-ayam miliknya hilang secara tiba-tiba.

Erma Fatima
2 bulan lalu

"Dapat Barang Terus Lenyap!" Erma Fatima Dituduh Penipu Oleh Peniaga Online

The post “Aku Bela Ayam Bukan Ular..” Jumpa Ular Besar Paha Melingkar Kekenyangan, Erma Fatima Dah Trauma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments