Pengasas usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsikan berita gembira di akaun Instagramnya bahawa anak perempuannya, Cik B telah pun pulih daripada jangkitan COVID-19.
Menurut usahawan jutawan itu, status kesihatan anak perempuannya telah disahkan pulih oleh doktor selepas membuat ujian calitan, kelmarin.
Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Vida atau lebih mesra dikenali DSV berkata Cik B amat bertuah kerana ramai yang mendoakannya dan juga memberi tips-tips serta cara untuk tangani jangkitan ini.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia mengakui kejadian seperti ini sedikit sebanyak sememangnya membuatkan dirinya berasa trauma kerana tidak pernah melaluinya sebelum ini.
Sebagai ibu saya sangat trauma. Alhamdulillah Cik B tak ditempatkan di pusat kuarantin kerana alami masalah pernafasan.
Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin telah disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya sejak 19 November lalu.
The post “Sebagai Ibu Saya Sangat Trauma” – Cik B Akhirnya Pulih Dari COVID-19, DSV Ungkap Rasa Syukur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments