Aktres Bollywood terkenal Priyanka Chopra tiba-tiba sahaja menjadi bualan hangat pengguna media sosial apabila dia dilihat telah membuang nama keluarga (Surname) Nick Jonas daripada sudut pengenalan di Twitter dan juga Instagramnya pada Isnin lalu.
Ia sekaligus mencetuskan persoalan dalam netizen sehinggakan muncul pula khabar angin yang mengatakan pasangan ini bakal berpisah tidak lama sahaja lagi.
Namun begitu, setelah beberapa lama spekulasi itu muncul di media sosial, pelakon antarabangsa itu dilihat telah meninggalkan komen romantik di sebuah hantaran video yang dimuat naik suaminya itu.
Menerusi video hitam putih yang dimuat naik Nick Jonas itu, Priyanka menulis komen berbaur sayang sekaligus menepis dakwaan netizen yang beranggapan bahawa pasangan ini berada dalam masalah.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, masih tidak jelas apakah sebab Priyanka mengeluarkan nama Jonas daripada akaun media sosialnya itu.
Sekadar info, Priyanka dan Nick Jonas mula menjalani hubungan cinta pada Mei 2018 sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018 yang lalu.
The post Muncul Spekulasi Nak Berpisah, Priyanka Chopra Buang ‘Surname’ Nick Jonas Di Twitter first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments