#Hiburan: Syamsul Yusof Tak Kisah Orang Mahu Kritik Filem, Asalkan Ada Ilmu

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengalu-alukan kehadiran pengkritik filem dalam kalangan YouTuber tetapi mengingatkan yang mereka perlu ada ilmu dalam bidang tersebut.

Syamsul Yusof
3 minggu lalu

"Keb*d*han Apakah Ini? Bukan Kita Minta 'Ban' Terus Arak" - Syamsul Yusof Selar Pengguna IG

Advertisement

Syamsul mengatakan yang dia sudah lama mengarah dan dia lihat ramai yang seangkatan dengannya sudah memperlahankan kerjaya.

Menurut Syamsul, kritikan filem juga sudah berbeza zaman kini lebih-lebih lagi dalam era media sosial kerana semua perkara hendak di komen.

Advertisement

Kalau orang tak suka filem saya, okay saja. Apa yang penting saya puas dan saya juga tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Tambah Syamsul lagi, tidak salah jika hendak kritik tapi perlu mengikut kesesuaian dan kritikan juga perlu dibezakan dengan hinaan.

Syamsul turut memberitahu yang mental seseorang itu perlu kuat dan fokus pada karya kerana individu yang berjaya pasti ada yang tidak suka atau haters kerana itu adalah perkara biasa.

Nak kritik kena bijak. Saya bukan nak cakap saya bagus tapi saya ada ilmu sendiri.

Syamsul Yusof

Pada masa yang sama, Syamsul turut memaklumkan yang dia sangat mengagumi cara pengarahan dan hasil kerja Khabir Bhatia, Erma Fatima dan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Ujar Syamsul, mereka antara pengarah hebat yang dia suka dan dia sudah kaji filem-filem mereka serta merasakan yang dia juga boleh hasilkan karya bagus seperti mereka.

Sekadar info, Syamsul berkongsi tentang perkara tersebut pada sesi Instagram Live anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31).

The post Syamsul Yusof Tak Kisah Orang Mahu Kritik Filem, Asalkan Ada Ilmu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments