#Hiburan: “Mungkin Tersingkir Berjemaah” 2 Minggu Tiada Penyingkiran Di GV8, Ini Respon Datuk Ramli MS

Juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS tidak menolak besar kemungkinan akan ada lebih dari seorang bintang GV8 bakal tersingkir pada konsert, minggu hadapan.

Menurut Ramli MS, sebab beliau berkata begitu adalah kerana sudah dua minggu berturut-turut konsert dijalankan, namun masih tidak mempunyai sebarang penyingkiran.

Advertisement

Mungkin minggu depan penyingkiran secara ‘berjemaah’, empat sekali saya tidak tahu.

Ketika ditanya oleh pihak Media Hiburan soal prestasi kesemua bintang pada minggu ini, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram berkata persembahan mereka lebih baik dari minggu pertama.

Selain Tok Ram, juri profesional tetap yang turut mengadili bintang-bintang yang menyertai GV8 adalah Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi hebat dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Advertisement

Sekadar info, GV8 dibarisi oleh 13 penyanyi, individu dan ada juga berkumpulan yang berasal dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Acong Sweetchild
5 hari lalu

"Dah Lama Tak Jumpa.." - Acong Sweetchild Nafi Berada Di Majlis 'Nikah' Tauke

The post “Mungkin Tersingkir Berjemaah” 2 Minggu Tiada Penyingkiran Di GV8, Ini Respon Datuk Ramli MS first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments