#Hiburan: Amerul Affendi Alami Masalah Kesihatan, Masih Menunggu Dos Kedua Vaksin

Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi memaklumkan yang dia kini dalam pemantauan doktor dan pihak hospital.

Pihak Produksi Gugurkan Nama, Amerul Affendi Luah Rasa Kesal
3 minggu lalu

Amerul Affendi Luah Rasa Kesal, Pihak Produksi Gugurkan Nama

Advertisement

Ia adalah untuk pengambilan dos kedua vaksin Pfizer atau tukar kepada vaksin lain apabila Amerul mengalami gejala teruk selepas menerima suntikan dos pertama pada Julai lalu.

Amerul memberitahu yang seluruh badannya mengalami ruam serta mengalami masalah lelah selepas menerima suntikan dos yang pertama.

Advertisement

Tambah Amerul, dia juga kembali mengalami masalah alah kepada makanan laut yang pernah dihadapinya ketika berusia 14 tahun dulu.

Kini, dua penyakit lama itu datang kembali dan masalah saya terhadap vaksin ini boleh dikatakan kes terpencil dan jarang-jarang berlaku kepada penerima vaksin lain.

Mengulas status vaksin dos keduanya, Amerul memaklumkan yang ia masih lagi dalam pemantauan doktor dan pihak hospital, tetapi dia masih boleh menerima tawaran berlakon dengan mana-mana produksi yang berminat dan memerlukan khidmatnya.

Amerul Affendi

Ujar Amerul lagi, dia boleh saja berlakon kerana ada surat kebenaran daripada doktor yang memaklumkan tentang masalah kesihatan dialami dan ia dikeluarkan oleh hospital kerajaan.

Cuma, hingga kini Amerul belum lengkap menerima dos kedua vaksin Covid-19 di atas sebab tertentu berikutan masalah dialami yang mengganggu kesihatannya.

Namun begitu, Amerul sentiasa positif dan akur bahawa ujian tersebut adalah daripada Allah yang harus dihadapinya.

The post Amerul Affendi Alami Masalah Kesihatan, Masih Menunggu Dos Kedua Vaksin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments