#Hiburan: Artis ‘Liat’ Promosi Drama Kena Senarai Hitam, Haji Zil Lebih Rela Bagi Peluang Pada Pelakon Kayu

Penerbit drama terkenal, Haji Zil memaklumkan bahawa syarikat produksi Zeel Production akan menyenarai hitam pelakon yang ‘liat’ dan culas mempromoikan karya lakonan mereka di media sosial.

Ujar Haji Zil atau nama sebenarnya Fadzil Teh lagi, kerjasama pelakon dalam menguar-uarkan sesuatu naskah yang dibintangi mereka bagi tujuan promosi adalah amat penting agar ianya sampai kepada penonton.

Advertisement

Kalau artis macam itu saya akan blacklist. Saya bukan sekat rezeki mereka, tiap kali kita buat drama mereka ni dah letakkan bayaran yang mahal.

Tambah Haji Zil lagi, bukan susah untuk mempromosikan drama lakonan mereka di Instagram misalnya, hanyalah sekadar memuat naik dan kongsi kepada peminat.

Apa salahnya promo drama itu di IG mereka, bukan keluar modal pun, bahan dah bagi kau jentik (upload di media sosial) je la guna jari.

Jelas Haji Zil lagi, meskipun perkara itu (isu promosi drama di media sosial) tidak dinyatakan dalam kontrak, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan populariti dan peluang kepada pelakon untuk menerima tawaran lain.

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut memberi pandangan mengenai kewajaran memberi peluang kepada pelakon kurang berbakat ataupun dengan kata lain ‘pelakon kayu’.

Akhirinya, penerbit sepatutnya memberi peluang kepada pelakon baru untuk mereka melebarkan sayap dan berkembang sehingga berjaya bergelar pelakon profesional.

3 years lalu

Saya Dah Serik Tolong Fathia, Dia Tak Sayangkan Dirinya Sendiri - Produser Drama Haji Zil

The post Artis ‘Liat’ Promosi Drama Kena Senarai Hitam, Haji Zil Lebih Rela Bagi Peluang Pada Pelakon Kayu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments