Penyanyi utama kumpulan Exists iaitu Mamat khabarnya masih dalam pantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) gara-gara penglibatannya dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sekitar tahun 2019 yang lalu.
Ujar Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin,42, dia perlu melapor diri serta mendapatkan kebenaran agensi itu jika mempunyai urusan kerja di luar kawasan dalam tempoh dua tahun.
Malah, dedahnya lagi, dia juga perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan AADK sebagai syarat wajib ketika dalam tempoh pemulihan.
Tidak merasa terbeban dengan peraturan yang ditetapkan, Mamat berkata apa yang telah diperuntukkan untuknya sepanjang pemantauan AADK itu adalah demi kebaikan dirinya sendiri.
Saya tidak kisah mengikuti peraturan yang ditetapkan. Hal ini demi kebaikan saya juga dan saya juga tak terasa terbeban dengan syarat itu.
Perkembangan terkini, selain bakal mengadakan konsert jelajah bersama kumpulan Exist, dia juga kini sibuk menguruskan perniagaan makanan yang berlokasi di Johor Bahru.
Manakala ketika ditanyakan mengenai perancangan untuk menamatkan zaman duda, Mamat enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.
Terdahulu, sekitar awal September 2019, Mamat bersama seorang rakannya yang sedang menaiki motosikal telah ditahan pihak polis di Taman Perling, Johor Bahru kerana memiliki sejumlah dadah jenis Syabu.
Berikutan itu, Mamat telah dikehendaki untuk menjalani rawatan pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia.
The post Perlu Kebenaran Keluar Kawasan, Mamat Exist Masih Dipantau Pihak AADK first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments