63 ekor ayam dipercayai telah terkena serangan jantung akibat muzik yang terlalu kuat yang dimainkan dalam sebuah majlis perkahwinan di Bhubanewsar, India.
Pesta perkahwinan tradisional India itu dilaporkan telah mengadakan persembahan bunga api, tarian serta pancaragam dengan muzik bingit sehingga menakutkan ayam-ayam tersebut.
Penternak, Ranjit Kumar Parida memaklumkan bahawa ayam-ayam kepunyaannya itu telah mati akibat muzik yang terlalu kuat pada tengah malam Ahad lalu.
Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu unutk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.
Malah, kata Ranjit lagi, dia pula dimarahi tetamu yang hadir dalam pesta keramaian itu berikutan permintaannya untuk memperlahankan muzik yang dimainkan mereka dalam majlis tersebut.
Berikutan kematian binatang ternakannya itu, doktor veterinar telah memaklumkan Ranjit bahawa ayam-ayamnya telah mati akibat serangan sakit jantung.
Ranjit kemudian telah bertindak membuat laporan polis berikutan penganjur majlis perkahwinan itu enggan membayar pampasan di atas kematian 63 ekor ayamnya itu.
Pada akhirnya, kes itu berakhir dengan baik setelah kedua pihak berbincang dan pemilik ayam juga sudah menarik laporan polis yang telah dibuat, seperti yang dilaporkan Awani.
The post 63 Ekor Ayam Mati Sakit Jantung, Punca Muzik Kuat Dari Majlis Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments