Pengarah dan penerbit, Michael Ang baru-baru ini sempat menitipkan nasihat kepada anak muda di Malaysia untuk bijak merancang tentang kehidupan dan masa hadapan mereka.
Menurut sudut pandang Michael, seseorang individu itu seharusnya sudah pun memiliki sebuah rumah sendiri selewat-lewatnya pada usia 28 tahun serta anak muda harus bijak membuat simpanan dan mempunyai kenderaan sendiri.
Before 28 tahun mesti ada rumah. Tak kisah lah kalau flat je pun (aku pun duduk flat je). Sedikit wang saving dan kenderaan sendiri. Berhutang tu make sure boleh bayar balik monthly.
Pandangan tersebut dikongsikan Michael menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.
Dalam hantaran tersebut, Michael turut menambah yang anak muda seharusnya memikirkan kembali tujuan asal kehidupan mereka sekiranya mereka masih lagi tidak memiliki aset-aset tersebut pada usia 28 tahun.
Ujar Michael lagi, para anak muda juga seharusnya bijak untuk membezakan di antara keperluan dan kehendak serta tidak perlu untuk menghabiskan duit membeli barangan kerana mahu menunjuk dekat orang yang mereka mampu.
Michael juga memberitahu yang teguran tersebut dibuat olehnya atas dasar prihatin dan hanyalah untuk peringatan bersama.
Hantaran Michael tersebut telah pun meraih lebih 56,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen termasuklah daripada rakan artis.
Rata-rata rakan artis dan netizen turut bersetuju dengan kenyataan Michael selain mereka juga berharap agar teguran tersebut dapat memberikan kesedaran kepada banyak pihak terutamanya anak muda.
The post Michael Ang Titip Nasihat Kepada Anak Muda Supaya Rancang Kehidupan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments