#Hiburan: Yana Samsudin Dedah Pernah Tolak Rombongan Merisik Fadzil Zahari Suatu Ketika Dahulu

Pelakon Yana Samsudin baru-baru ini mengakui pernah menolak secara baik rombongan merisik yang dihantar suaminya, Fadzil Zahari suatu ketika dahulu.

Yana Samsudin
4 bulan lalu

Kakak Antara Dijangkiti, 12 Ahli Keluarga Yana Samsudin Disahkan Positif COVID-19

Advertisement

Mengimbas semula detik-detik awal sebelum mendirikan rumah tangga dengan Fadzil, Yana memaklumkan yang dia harus melunaskan impian dan tanggungjawab terhadap keluarga dahulu sebelum berumah tangga.

Saya tahu Fadzil sebenarnya sudah lama menyukai saya, malah dia juga pernah menghantar rombongan merisik ke Johor pada ketika itu namun ditolak secara baik.

Menurut Yana, dia ingin membeli rumah buat keluarganya terlebih dahulu dan dia sedikit pun tidak ralat biarpun hanya memakai kereta Kelisa pada ketika itu.

Yana turut memaklumkan yang dia masih setia dengan kereta lama walaupun orang lain sudah menukar kereta dan sebagainya kerana banyak yang dia impikan pada waktu itu.

Alhamdulillah. Setelah segalanya terlaksana, saya bersedia untuk memikirkan mengenai diri sendiri pada usia 30 tahun.

Yana Samsudin & Family 2

Tambah Yana lagi, dia juga sangat bersyukur kerana Fadzil sentiasa berada di sisinya walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda dirinya.

Yana berkongsi tentang perkara tersebut ketika menyertai sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) pada Jumaat lalu.

Sekadar info, sesi tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

The post Yana Samsudin Dedah Pernah Tolak Rombongan Merisik Fadzil Zahari Suatu Ketika Dahulu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments