#Hiburan: Alif Muhaimin Kecewa Ditinggal Kekasih Hanya Melalui WhatsApp

Juara Hero Remaja 2018, Alif Muhaimin mengakui hubungannya dengan Instafamous bernama Sara sudah berakhir pada minggu lalu setelah hampi lapan bulan bercinta.

1 year lalu

Cinta Berputik di TikTok, Hati Pelakon Alif Muhaimin Sudah Dimiliki

Advertisement

Alif mendedahkan yang bekas kekasihnya itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka hanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Tak sempat nak bincang apa-apa. Jujurnya saya sangat terkejut dengan tindakannya sebab selama ini bukan main lagi cakap sayang gila dan seumpamanya.

Tambah Alif, dia dapat mesej daripada Sara secara tiba-tiba yang mengatakan dia sudah membuat keputusan tidak boleh teruskan hubungan dan berkawan.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila Alif baru saja mengumumkan kepada media pada awal bulan lalu tentang majlis perkahwinannya dengan Sara yang dijangka berlangsung tahun depan.

Bimbang kenyataannya disalah erti dan mungkin menggores hari serta mengaibkan bekas kekasihnya itu, Alif sekadar berharap agar wanita tersebut bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik.

Sakit macam mana pun, saya kena tukar perspektif fikiran, fikir yang Allah telah selamatkan saya. Ada hikmah, Insya-Allah.

Alif Muhaimin

Dalam pada itu, Alif sempat berseloroh mengatakan yang rezekinya murah selepas putus cinta ketika disoal tentang karier lakonannya.

Menurut Alif, dia ditawarkan menjadi watak utama dalam sebuah drama arahan sutradara terkemuka iaitu Osman Ali berjudul Sentuhan Jiwa.

Sekadar info, drama Sentuhan Jiwa turut menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Afifah Nasir dan Roy Azman.

The post Alif Muhaimin Kecewa Ditinggal Kekasih Hanya Melalui WhatsApp first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments