Pelakon Mas Khan baru-baru ini ada memberi kejutan istimewa buat kekasih hatinya, Diana Nasimuddin.
Bakal melangkah ke fasa perhubungan yang seterusnya, Mas Khan khabarnya sudah bersedia untuk bergelar suami kepada teman wanitanya itu.
Perkara tersebut turut dikongsikan Diana menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia ada memuat naik gambar momen ketika dilamar Mas Khan dengan kapsyen yang cukup romantis.
18.11.21 menandakan peristiwa penting dalam hubungan kami. Terima kasih kerana memilih saya. Anda masih muda dan berjaya, memilih untuk dedikasikan hidup untuk menjaga ibu tunggal ini dan tiga orang anaknya.
Dalam pada itu, Diana turut menyifatkan perjalanan kisah cinta mereka bukanlah mudah dan hanya dia dan Mas Khan sahaja yang tahu apa cerita di sebaliknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial anak kepada ahli perniagaan terkemuka itu tampil mengucapkan tahniah dan berharap urusan mereka berdua ke jinjang pelamin akan dipermudahkan Allah S.W.T.
The post Dah Sedia Nak Kahwin, Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments