#Hiburan: Yakin Hebat Menyanyi & Menari, Wani Kayrie Pilih Genre Pop

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Wani Kayrie memaklumkan yang dia memilih genre pop sebagai hala tuju muzik dalam kerjayanya.

Wani Kayrie
2 hari lalu

Wani Kayrie Luah Rasa Hati Menerusi 'Jangan Terlepas Pandang'

Advertisement

Menurut Wani, dia boleh menyanyi dan menari untuk satu jangka masa yang agak panjang.

Saya nak tetapkan genre untuk ‘Wani Kayrie’, sekarang memilih genre pop untuk lagu saya.

Wani berkata demikian dalam sesi virtual bersama media sempena pelancaran single terbarunya di bawah Rocketfuel Entertainment berjudul Jangan Terlepas Pandang pada Isnin lalu.

Advertisement

Tambah Wani, dia mahu lari daripada lagu-lagu balada kerana merasakan genre tersebut boleh dibawa oleh kebanyakan penyanyi.

Wani Kayrie

Bercakap tentang pendorong utama dalam kerjaya seni yang sudah lebih sedekad, Wani mengaku ibunya, Mama Kay memainkan peranan yang sangat penting.

Ujar Wani lagi, terlalu banyak pengorbanan yang Mama Kay lakukan demi kerjayanya dan dia sangat kagum dengan semangat Mama Kay sebagai seorang wanita yang cekal.

Sekadar info, single Jangan Terlepas Pandang boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox dan YouTube Music.

The post Yakin Hebat Menyanyi & Menari, Wani Kayrie Pilih Genre Pop first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments