Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meletakkan usia 32 tahun merupakan umur terbaik bagi seseorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga.
Manakala, umur ideal wanita berkahwin pula sekitar usia 28 tahun. Peringkat umur ini adalah tempoh terbaik dari sudut kewangan dan emosi seseorang individu untuk membina keluarga.
Menurut Sheikh Muszaphar, ketika umur sedemikian, seseorang individu itu sedang berada di puncak kariernya.
Namun, anda tidak akan pernah bersedia sehinggalah anda mengambil keputusan untuk ‘settle down‘.
Sheikh Muszaphar turut mengambil kira situasi dirinya yang dianggap sedikit lewat untuk membina keluarga ketika diusia 38 tahun.
Saya berkahwin pada umur 38 tahun, dan sekarang ketika umur saya 49 tahun saya masih berusaha membesarkan anak-anak kecil yang berlari-lari sekitar rumah.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar berkongsi pendapatnya itu menerusi satu hantaran gambar di laman Instagram miliknya yang turut membuka ruang bicara buat pengikutnya untuk berdiskusi mengenai usia ideal untuk mendirikan rumah tangga.
Haa apa pula pendapat anda tentang umur yang sesuai untuk berkahwin?
The post “Usia Terbaik Untuk Berkahwin Bagi Lelaki Dan Wanita Adalah..” – Dr. Sheikh Muszaphar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments