Sentiasa ada menemani isteri tersayang iaitu Ayu Damit, Syed Fauzi Syed Baharuddin didakwa sedang menumpang populariti penyanyi itu berikutan dia sudah kembali popular dan berjaya kini.
Sering sahaja dilihat berdua, timbul pula desas desus mengatakan Syed Fauzi yang lebih mesra disapa sebagai Poji itu turut ingin popular sama seperti isterinya.
Ujar Ayu, dia tidak beranggapan suaminya itu cuba untuk mencari publisiti sebaliknya hanya ingin menemaninya ketika keluar mencari rezeki.
Malah, jelasnya lagi, Poji seorang yang pemalu dan akan terlebih dahulu berbincang dengannya sama ada perlu atau tidak hadir dia bersama-sama Ayu sewaktu muncul di kaca televisyen.
Tambah usahawan tanaman cili itu lagi, Poji disifatkan sebagai seorang yang sangat memahami dan Ayu berasa bersyukur dengan kehadiran suaminya itu yang tidak lelah untuk berada di sisi sepanjang waktu bekerja.
Bagus juga kalau suami sentiasa berada di samping isteri, boleh elak daripada terjadinya perkara yang bukan-bukan kan?
The post Semakin Dikenali, Suami Ayu Damit Dituduh Tumpang Populariti Isteri? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments