#Hiburan: Tau-Tau Dah Kahwin, Peminat Ucap Tahniah Tengok Amelina Naik Pelamin

Tular di media sosial TikTok semalam di mana seorang jurusolek telah memuat naik video yang memaparkan penyanyi dangdut Amelina sedang bersiap dan lengkap berbusana pengantin.

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat berikutan kapsyen yang ditulis @hakaksado itu berbunyi ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita.’

Advertisement

Disangka mengikuti jejak langkah pelakon Jasmin Hamid yang baru sahaja menamatkan zaman solo, perkongsian video tersebut telah menuai ucapan tahniah daripada peminat.

Amelina yang kemudiannya dihubungi mStar memaklumkan berita perkahwinan tersebut adalah tidak benar dan memberitahu bahawa video itu diambil ketika dia bersiap untuk menjalani sebuah penggambaran drama.

Advertisement

Foto tu masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral. Kalau betul kahwin saya akan buat grand, tak ada pelamin macam tu.

Ujar ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk bertemu jodoh kembali dan sentiasa terbuka hati untuk mengenali orang baru.

Namun, akui penyanyi ini lagi, dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangga terdahulu.

Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma. tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit.

Terdahulu, Amelina telah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Reduan Mahamood pada 26 April 1999 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada 29 Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan enam orang anak iaitu Puteri Nur’ Athirah,20, Putera Al’Affiq,19, Putera Al’Asyraff,18, Puteri Nur’ Asyurah,16, Putera Al’ Arffa,14, dan Putera Al’ Amzar yang kini berusia 12 tahun.

Amelina
1 bulan lalu

Buat Rawatan 'Threadlift', Amelina Nafi Ubah Rupa Bentuk Wajah

The post Tau-Tau Dah Kahwin, Peminat Ucap Tahniah Tengok Amelina Naik Pelamin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments