Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Bukit Jalil malam tadi benar-benar mengejutkan.
Selain babak perlawanan yang sengit, ketangkasan penjaga gol KL City Kevin Mendoza yang kerap mematikan percubaan Harimau Selatan turut meraih perhatian.
Malah, dalam masa satu malam sahaja, populariti pemain kacukan Denmark-Filipina ini naik mendadak apabila meraih jumlah followers yang ramai di Instagram.
View this post on Instagram
Sebelum perlawanan berlangsung, jumlah pengikutnya dalam lingkungan 8,000 sahaja, namun selepas aksi berbisanya mematahkan percubaan JDT sekaligus menamatkan perlawanan tanpa dibolosi, pemain ini meraih sehingga 40,000 followers baharu.
Rata-rata menganggap pemain berumur 27 tahun ini layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Apa-apa pun tahniah pasukan KL City!
Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Perhatian Ramai, Pengikut IG Naik Mendadak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments