Meskipun sudah pun mengikat tali pertunangan namun Sweet Qismina langsung tidak segan menunjukkan keakraban dengan ibunya, Misnah Atan.
Walaubagaimanapun, ada suara sumbang yang menggelarkan pelakon itu sebagai ‘anak emak’ melihatkan kemesraan tersebut. Pun begitu, Sweet tidak melatah dengan teguran berkenaan.
Katanya, panggilan itu sudah lali didengarinya sedari muncul dalam dunia lakonan sejak kecil lagi. Baginya, ia merupakan rezeki besar yang yang tidak dapat dirasai oleh semua orang.
Dialah baba (ayah), mama, kawan baik, kawan gaduh, penghibur, penasihat dan segala-galanya buat saya.
View this post on Instagram
Sweet berkongsi hal demikian menerusi Instagram dengan memuat naik sekeping foto bersama ibunya sempena ulang tahun kelahiran wanita tersebut.
Malah pelakon itu mendedahkan bahawa ibunya sangat disenangi orang ramai kerana karakternya.
Dia sangat-sangat keibuan dengan sesiapa pun. Mana tak semua orang dalam industri ini kenal dia? Semua dah jadi anak angkat dia.
Dalam perkongsian itu juga, Sweet menitipkan doa agar ibunya dipanjangkan umur selain mengatakan bahawa wanita itu adalah rezeki tidak ternilai buatnya.
Selamat hari lahir Mak Cik Ana!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Akui Hal Itu” – Sweet Qismina Respon Digelar ‘Anak Emak’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments