Penyanyi Sissy Iman baru-baru ini memaklumkan bahawa dia mampu menarik nafas lega kerana kerjayanya dalam industri hiburan boleh dikatakan stabil di kala ramai penggiat seni tanah air yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Sissy hanya mampu bersyukur dek kerana berjaya mendapatkan hasil positif selepas bekerja keras tanpa jemu dalam mengetengahkan apa sahaja bakat yang dia ada.
Untuk saya, saya sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusan saya.
Sissy yang juga merupakan seorang pengacara, komposer, pemuzik, guru vokal dan pelakon itu memberitahu yang apa sahaja diperolehnya sekarang adalah rezeki buat keluarganya.
Ujar Sissy lagi, dia menitip rasa syukur apabila ibu bapanya merestui minatnya dalam karier seni sekaligus terus menyokongnya dari belakang.
Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dorongan semangat daripada ibu bapa dan keluarganya adalah kekuatan utama dia selama ini dan mereka lah yang selalu tahu serta sering berada di sisinya di saat gembira mahupun ketika bersedih.
Selama lapan tahun saya sangat bersungguh-sungguh dan berusaha walaupun pencapaian masih belum di tahap popular tetapi alhamdulillah masih okay untuk terus bertahan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Mungkin Kamu dan Bebas ini kini diberi kepercayaan oleh TV3 untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dua program di stesen TV itu iaitu Muzik Muzik 36 bersama Alif Satar dan Idola Kecil Di rumah.
Sekadar info, program Muzik Muzik 36 yang dihoskan Sissy menemui penonton pada 11.30 pagi manakala Idola Kecil Di Rumah pula pada pukul 3 petang dan kedua-dua rancangan disiarkan di TV3 pada setiap hari Ahad.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Sissy Iman Titip Rasa Syukur Kerjaya Seni Masih Stabil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments