#Hiburan: Majlis Nikah Boleh Dijalankan Di Dewan, Hotel Dan Tempat Khas Kini

Sudah lama majlis akad nikah berlangsung hanya di masjid dan pejabat agama sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Kini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah untuk berlangsung di tempat-tempat sewaan seperti hotel, dewan, butik pengantin dan tempat khas bermula 5 November.

Advertisement

Walaupun banyak tempat-tempat sudah dibenarkan, namun Jawi masih tidak membenarkan majlis ini dilakukan di rumah atau kediaman persendirian.

Menurut Kosmo, Jawi menetapkan kehadiran majlis akad nikah di pejabat seramai 10 orang, termasuk jurunikah dan dua orang saksi. Majlis ini juga hendaklah tidak melebihi 20 minit.

Ia termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi pihak jawi atau masjid dan seorang jurugambar.

majlis nikah

Advertisement

Selain itu, kehadiran hadirin ke premis sewaan pula hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagi kehadiran di masjid pula, jumlah kehadiran maksimum dibenarkan adalah seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter.

Tetamu yang dibenarkan untuk hadir ke majlis akad nikah hanya kepada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi. Jadi, kalau ada yang belum lengkap dos vaksinasi tu janganlah cuba-cuba untuk datang okay?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Majlis Nikah Boleh Dijalankan Di Dewan, Hotel Dan Tempat Khas Kini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments