Penyanyi rap terkemuka, Joe Flizzow meluahkan rasa ralat dan ‘pantang’ apabila melihat lelaki yang mengenakan baju Melayu namun memakai kasut kasual (sneakers).
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak,42, meminta orang ramai agar berhenti mencampuradukkan fesyen dengan budaya kerana tidak sanggup menyaksikan perkara seperti itu.
Saya paling pantang tengok lelaki berbangsa Melayu bersampin, lengkap bersongkok tetapi pakai sneakers (kasut kasual).
Ujarnya, setiap acara dan busana memerlukan kasut atau sepatu yang betul.
“Bagi saya, benda itu salah. Bukan salah apa, tetapi baju Melayu adalah pakaian tradisi kita dan ia merupakan satu aspek yang sangat-sangat penting.” jelas Joe ketika ditemui sebuah media baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Apa Khabar itu lagi, dia ingin memberi sedikit nasihat terutamanya kepada golongan muda agar tidak leka sehingga menggadaikan nilai tradisi atau budaya mereka sendiri yang dipelihara sejak turun temurun.
Cerita Joe, jangan hanya kerana ingin mengikut fesyen, pemakaian kasut atau sepatu seseorang itu menjadi tidak kena dan tidak mengikut keadaan dan suasana.
Joe juga menegaskan bahawa tidak perlu bermewah untuk kelihatan ‘senonoh’ dalam mana-mana acara asalkan ia sesuai digayakan mengikut acara yang dihadiri.
The post Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Kasut ‘Sneakers’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments