Dua tahun menyulam kasih, Usop akhirnya selamat mengikat tali pertunangan dengan Nur Fatihah kelmarin.
Tidak mahu lama bertunang, penyanyi itu berharap agar segala urusan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Malah Usop juga mendoakan agar dia dan tunangnya mampu menghadapi segala ujian sebelum bernikah.
Kami rancang berkahwin secepatnya iaitu Februari tahun depan. Tarikh sebenar saya akan kongsikan kelak. Yang pasti, saya tidak mahu tunang lama-lama.
Akui Usop, kedua keluarga mereka gembira dengan pertunangan ini selain mendedahkan bahawa mereka merancang untuk melakukan majlis pernikahan tertutup nanti.
Menurut lelaki itu lagi, Fatihah merupakan gadis idamannya dan bersyukur mereka akhirnya bersama meskipun memulakan perkenalan sebagai sahabat sahaja.
Saya sendiri pun memang mencari wanita yang berhidung mancung, berkulit cerah dan lebih tinggi daripada saya. Tak sangka impian saya jadi kenyataan.
View this post on Instagram
Bagi Nur Fatihah pula, dia mendedahkan banyak kelebihan yang dilihat dalam diri Usop hingga berjaya membuatkannya jatuh hati.
Saya suka sikapnya yang cukup lurus dan ikhlas. Dia juga memang tidak mengalah untuk berusaha memikat saya dulu meskipun dia agak muda.
Tambah ‘anak mami’ ini, Usop juga sangat menghormati orang tua dan berani berdepan dengan mereka bagi menyampaikan niat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Semoga urusan mereka dipermudahkan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAHNIAH) Usop Selamat Bertunang, Rancang Nikah Pada Februari Tahun Depan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments