#Hiburan: (TAKZIAH) Bapa Mentua Fakhrul UNIC Meninggal Dunia

Mendedahkan bapa mentuanya Sohimi Ahmad telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 12 tengah malam tadi, Fakhrul UNIC tampil mendedahkan perkara tersebut kepada umum di laman Instagram miliknya.

(TAKZIAH) Bapa Mentua Fakhrul UNIC Meninggal Dunia

Dalam pada itu, penyanyi itu juga sempat menyeru orang ramai supaya menitip doa buat arwah.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ayahanda mertua saya Sohimi Ahmad dah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi. Moga Allah mudahkan perjalanan Abah dunia akhirat. Mohon doakan Abah.”

Menerusi entri yang dipaparkan olehnya itu, Fakhrul dilihat berkongsi perbualannya bersama keluarga iparnya yang mengesahkan berita duka tersebut.

Terdahulu, Fakhrul ada berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang dirawat di Unit Rawatan Khas (ICU).

(TAKZIAH) Bapa Mentua Fakhrul UNIC Meninggal Dunia

Bagaimanapun, beliau tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit yang dihidapi bapa mertuanya.

Susulan kejadian, Fakhrul sehingga kini bagai tidak henti-henti menerima banyak ucapan takziah dari pengikutnya di laman sosial selain memohon agar beliau dan seluruh ahli keluarga sentiasa kuat menerima takdir tersebut.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments