#Hiburan: (TAHNIAH) Selepas 2 Tahun Berkahwin, Randy Pangalila, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

Pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila kini tampil mendedahkan isterinya, Chelsey Frank disahkan hamil.

Randy pangalila umum isteri hamil

Menurut Randy, beliau khabarnya tidak sabar dan teruja untuk bertemu cahaya mata pertama mereka.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Randy menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya kepada umum.

View this post on Instagram

A champion in the making, can’t wait to meet you❣ #yesimgonnabeafather

A post shared by Randy Pangalila (@randpunk) on

“Seorang juara bakal dilahirkan, tak sabar untuk bertemu kamu. Ya, saya bakal menjadi ayah.”

Menerusi foto terbabit, kegembiraan Randy dapat diungkapkan menerusi hantaran tersebut apabila jelas kelihatan keterujaannya memeluk erat Chelsey sambil memegang gambar imbasan ultrabunyi keadaan terkini bayi mereka.

Randy pangalila umum isteri hamil

Seperti sudah dijangka, khabar gembira itu dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya di platform tersebut.

Untuk rekod, Chelsey yang berasal dari Kanada itu telah sah menjadi isteri kepada Randy pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments