#Hiburan: Sanggup Hidup Bermadu Dengan Tya Adnan, Peminat Fanatik Shukri Yahaya Luah Hasrat Nak Jadi Bini Kedua

Gara-gara drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang menjadi buah mulut peminat drama tempatan, seorang wanita telah tampil meluahkan hasrat untuk menjadi madu kepada isteri Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tya yang memuat naik tangkap layar perbualan wanita berkenaan di ruang instagram miliknya.

Tya Adnan atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, walau bagaimanapun tidak melatah dengan kejadian tersebut dan menganggap ianya sebagai satu jenaka dan hiburan semata-mata.

View this post on Instagram

Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga ! ?

A post shared by ???? ???? ??? — Tya Adnan (@tyaadnan) on

Dalam tangkap layar perbualan itu, wanita berkenaan akan berjanji untuk berkongsi kasih dan turut mengakui bahawa dirinya masih belum bekerja serta berjanji untuk melakukan kerja-kerja rumah jika mereka berdua hidup bermadu.

“Boleh minta nombor Whatsapp, akak ada niat baik ni nak berkongsi bahagia dengan Tya boleh? Akak belum bekerja, nak kerja belum ada rezeki. boleh bermadu dengan Tya sebab akak nak hidup dengan keluarga Tya. Handsomelah suami Tya akak suka, akak boleh tolong Tya di rumah. Akak cuma nak ada suami yang boleh lindungi akak di dunia dan di akhirat, nak sama-sama pergi umrah dengan Tya, itu je maksud akak,”

Dalam pada itu, Tya berasa terkejut dan pelik kerana ada segelintir individu di luar sana yang semakin hilang sifat malu dalam diri.

Dia kemudiannya terus menyekat akaun instagram wanita berkenaan dan tidak melayan individu terbabit.

View this post on Instagram

Wow, ni ke Ji-Sung tu?

A post shared by ???? ???? ??? — Tya Adnan (@tyaadnan) on

Mengimbas kembali, Tya Adnan sah menjadi isteri kepada pelakon Shukri Yahaya pada November 2015 yang lalu dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena,4, dan Maleeq Miqaayl yang kini berusia 3 bulan.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments