#Hiburan: “Jangan Dapat Terus Habiskan!” – Fizz Fairuz Seru Golongan Artis Supaya Tidak Boros Berbelanja

Mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini kita telah membuka mindanya, pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan beliau lebih menghargai sesuatu karya dan hasil pendapatan yang diperoleh dari lakonannya malah tidak ketinggalan menyeru rakan artis supaya tidak membelanjakan wang dengan boros.

"Jangan Dapat Terus Habiskan!" - Fizz Fairuz Nasihat Golongan Artis Buat Simpanan

“Sejak pelaksanaan PKP, banyak perkara yang kita belajar terutamanya dari segi menghargai sesuatu karya dan bayaran ataupun gaji yang diperoleh hasil dari pekerjaan kita. Boleh disimpulkan saya lebih menghargai apa yang diperolehi selama ini, penularan pandemik COVID-19 memang membuka minda saya,”

Menurutnya, golongan artis wajar bersyukur dengan apa yang diperoleh dan mengalakkan golongan ini menggunakan wang hasil dari penglibatan dalam industri hiburan itu dengan cara yang betul.

"Jangan Dapat Terus Habiskan!" - Fizz Fairuz Nasihat Golongan Artis Buat Simpanan

“Bersyukur dengan apa yang ada, dan paling penting, simpanlah duit. jangan ketika dapat duit, terus habiskan. Sekiranya apa-apa berlaku nanti, duit itulah yang akan kita guna semula. Kalau berlaku kesusahan dan tiada duit simpanan, akan adalah artis yang meminta bantuan dari pihak lain seperti yang kita pernah lihat.”

Terdahulu, tular di media sosial apabila Fizz memaklumkan isterinya, Almy Nadia akan menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu hari ini selepas menderita sakit tersebut selama sebulan.

"Jangan Dapat Terus Habiskan!" - Fizz Fairuz Nasihat Golongan Artis Buat Simpanan

Malah, ia juga merupakan jalan akhir selepas mereka mencuba pelbagai perubatan lain bagi menyembuhkan penyakit tersebut.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments