#Hiburan: Risau Keselamatan Ahli Keluarga, Ayda Jebat Minta ‘Lockdown’ Dikuatkuasakan

Penyanyi Ayda Jebat baru-baru ini memuat naik satu entri di ruangan instagram miliknya meminta supaya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat ataupun ‘lockdown’ kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga.

Dia dalam masa yang sama turut meminta Standard Operating Procedures (SOP) lebih diperketatkan kerana pada ketika ini masing-masing masih lagi keluar bekerja dan sebagainya.

Dalam pada itu, Ayda turut meminta pendapat peminat serta pengikutnya di ruangan komen platform berkenaan.

View this post on Instagram

? . Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya. Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. ?? . Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni. . #PleaseLockDown #KetatkanKawalanPergerakan #StaySafePlease

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

“Assalamualaikum. Dengan dukacitanya saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan-kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya. Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ini.”

Sehubungan dengan itu, peminat dan juga pengikut instagram Ayda Jebat tampil memberikan reaksi yang pelbagai di mana ada yang bersetuju dan ada juga yang membangkang pendapat Ayda mengenai isu itu.

Apa pula pendapat anda? Perlukah kerajaan melaksanakan ‘lockdown’ semula berikutan kes yang semakin meningkat kini?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments