#Hiburan: “Dah Habis Iddah Ke Tu?” Muat Naik Gambar Mesra Bersama Lelaki Mat Saleh, Sharifah Sakinah Dikritik Netizen

Meninjau ruangan media sosial Instagram Sharifah Shahirah, pelakon dan juga penyampai radio ini ada berkongsikan sebuah foto yang memaparkan adiknya, Sharifah Sakinah bersama seoragn jejaka Inggeris.

Dalam foto tersebut, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu kelihatan bergambar mesra bersama lelaki terbabit.

Justeru itu, perkongsian tersebut telah mencetuskan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen.

Ada yang mempersoalkan sama ada tempoh iddah Sharifah Sakinah sudah habis ataupun tidak, selain daripada yang bertanyakan siapakah gerangan lelaki itu.

Sebelum ini, Sharifah Sakinah ada mengaku bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka Inggeris namun tidak pula diketahui siapakah lelaki itu.

Mengimbas kembali, Sakinah telah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang iaitu Aliff Adha pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia 3 tahun.

Namun, pada bulan Mei lalu, Sharifah Sakinah telah mengumumkan dia telah pun berpisah dengan suaminya itu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments