#Hiburan: Berhijrah Ke Kelab Portugal Selama Semusim, Syifa Melvin Berat Hati Lepaskan Safawi Rashid

Beberapa hari lalu umum sedia tahu bahawa salah seorang pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safawi Rashid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.

Dilaporkan pemain berusia 23 tahun itu telah selamat berlepas ke Portugal pada malam tadi dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehubungan dengan itu, pemergian Safawi ke bumi Portugal telah ditangisi bukan sahaja daripada keluarga serta peminatnya malah pelakon Syifa Melvin turut dilihat mengiringi pemergiannya pada malam itu.

 

Video serta foto situasi di KLIA itu telah dikongsikan pelakon Lia Natalia yang juga rakan kepada Syifa Melvin menerusi laman Instagram Story miliknya. Dalam video pendek tersebut kelihatan Syifa seperti menangis dan kelihatan sedih di atas penghijrahan Safawi ke luar negara.

Mengimbas kembali, Syifa dikhabarkan telah menjalin hubungan cinta bersama pemain bola sepak itu namun tiada pengesahan daripada kedua belah pihak.

Sumber : Rotikaya


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments