Penyayi dan pelakon Elly Mazlein baru-baru ini telah selesai melakukan lima persandingan impiannya iaitu majlis merisik, bertunang, bernikah, resepsi serta majlis sambut menantu yang diadakan di rumah keluarga suaminya di Kuala Krai, Kelantan pada Selasa lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik foto dia menyental dan mencuci periuk serta kuali di atas longkang. Memang tidak kekok langsung dan ringan tulang membantu menyelesaikan tugas-tugas mengemas selepas majlis perkahwinan.
Gigih sental kuali, selipar tetap glamor
Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen ada selipar berenda biru yang dipakai Elly. Tetap maintain ‘vogue’ dalam apa juga keadaan.
Sesi masak bersama mak mertua dan ipar duai
Bukan itu saja, Elly juga berkongsi momen ketika sesi masak memasak bersama ibu mertua dan ipar duai.
Pandai betul Elly ambil hati suami dan ibu mertua, patutlah disayangi. Semoga kekal bahagia sehingga ke syurga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments