#Hiburan: Bella Astillah Sedia Terima Aliff Aziz Semula

Meskipun pernah dicurangi beberapa kali dan pelbagai lagi kontroversi melibatkan Aliff Aziz, Bella Astillah bagaimanapun tidak menolak untuk menerima semula bekas suaminya jika itu yang terbaik buat kehidupan anak mereka.

bella astillah aliff aziz

Menurut Bella, perceraian ntara mereka sudah banyak mengubah Aliff menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.

Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya. Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai.

bella astillah sedia terima aliff aziz

Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.

Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura.

bella astillah sedia terima aliff aziz

Apabila ditanya mengenai foto merangkul lengan seorang lelaki, Bella mengakui bahawa lelaki tersebut adalah Aliff. Baginya, netizen hanya melihat daripada sisi negatif dan tidak mahu memahami situasi mereka.

Terdahulu, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments