#Hiburan: Chef Fikree Didakwa Masih Aniaya Bekas Isteri

Baru-baru ini bekas isteri kepada Chef Fikree Aznan, Syarifah Zuriehan telah membuat pendedahan bahawa dia masih dianiayai oleh bekas suaminya itu selepas diceraikan pertengahan tahun lalu.

chef fikree bekas isteri

Bukan sahaja ditinggal sehelai sepinggang, Fikree juga tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada anak mereka, Jayden Malik.

Lebih mengejutkan, skandal Fikree seorang wanita berstatus isteri orang pula bertindak untuk menghubunginya. Malah, sengaja menjaja cerita tidak benar mengenai Zuriehan dan memburuk-burukkannya.

chef fikree aniaya bekas isteri

Yang tak faham kenapa skandal engkau bini orang mesej aku cakap aku ni bertuah dapat engkau? Aku ingat dah over tapi engkau pula pergi telefon merata buat teruk macam aku ni villain?

Rata-rata netizen agak bengang dengan sikap Fikree yang dengan begitu mudah ‘lepas tangan’ dan mengabaikan anaknya. Mereka berharap Zuriehan kekal tabah menghadapi segala dugaan.

chef fikree aniaya bekas isteri chef fikree aniaya bekas isteri

Terdahulu, Zuriehan mendakwa telah diceraikan Fikree pada 30 Mei 2019 selepas membongkarkan kisah kecurangan bekas suaminya  dengan seorang wanita berstatus isteri orang. Zuriehan turut mendakwa bahawa kecurangan yang berlaku itu bukanlah kali pertama dan sebelum ini Fikree juga pernah pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments