#Hiburan: Siapa Cepat, Banyak Dapat! 100x Lebih Berbaloi Dengan Grab e-Tunai Rakyat!

Anda berusia 18 tahun ke atas?

Berpendapatan RM10,000 dan ke bawah setahun?

Ha, Abang Nara ada berita baik untuk anda!!!

Sekiranya anda memenuhi kedua-dua syarat di atas, maka anda layak untuk menuntut insentif e-Tunai Rakyat daripada kerajaan Malaysia bernilai RM30 apabila anda menggunakan e-wallet.

e-tunai rakyat

Dan salah satu rakan kongsi kepada inisiatif e-Tunai Rakyat ini tak lain tak bukan ialah GrabPay yang memang cukup popular seantero Malaysia. Ha, sekiranya anda menuntut RM30 yang ditawarkan oleh itu dengan GrabPay, macam-macam benda best lain yang bakal diperolehi. Antaranya ialah:-

grab etunai rakyat

Bukan RM30, tetapi sehingga RM3,000*! 100x lebih berbaloi!

Bak kata pepatah Inggeris “early bird catches the worm”, anda boleh tengok jumlah ganjaran yang bakal diperolehi bersama GrabPay di bawah sekiranya anda menjadi antara yang terawal menebus iniatif e-Tunai Rakyat ini.

Bukan RM30, tetapi sehingga RM3000 bakal menjadi milik anda. Memang berbaloi-baloi. grab pay rewards

Ada banyak gila baucar dan promosi-promosi GrabPay Eksklusif dengan jenama-jenama hebat seperti Hotlink, Photobook, JomParking, Secret Recipe, The Coffee Bean & Tea Leaf, Baskin Robbins, Sushi King, Mydin dan banyak lagi yang bernilai sehingga RM3,000* sekiranya anda menjadi antara 10,000 terawal yang menuntut inisiatif e-Tunai Rakyat ini bersama GrabPay.

Kalau tak jadi yang 10,000 terawal pun, ganjaran yang ditawarkan oleh GrabPay tetap menarik iaitu sehingga RM2,850* dan juga RM2,760*. Senang cakap, Siapa Cepat, Banyak Dapat. Kalau lambat, habuk pun tarak.

*Kesemua promosi GrabPay Eksklusif ini akan ditawarkan dari 15 Januari hingga 14 Mac 2020, termasuk Grab Huatever, GrabPay Price, GrabFood Signatures, dan macam-macam lagi

3x Mata Ganjaran Dengan GrabRewards

Apabila anda membayar menggunakan Dompet GrabPay untuk transaksi menerusi applikasi Grab, anda akan memperolehi mata ganjaran yang dikenali sebagai GrabRewards. Ha, bersempena dengan inisiatif e-Tunai Rakyat ini, Grab telah menyambung promosi “GrabPay Year End Bonus Points” di mana anda boleh mendapat sehingga 3 kali ganda GrabRewards apabila membuat pembayaran menggunakan GrabPay Wallet. Best kan?

Grab Rewards

Apa pula kegunaan GrabRewards ini? Bila anda dah kumpul GrabRewards yang banyak, ia boleh digunakan untuk menikmati pelbagai jenis diskaun yang ditawarkan di dalam applikasi Grab. Beli makanan ada diskaun, minum kopi boleh dapat FREE, naik Grab potong RM10 dan banyak lagilah. Makin banyak GrabRewards, makin banyak penjimatan yang anda boleh lakukan.

Macam-macam ada dalam satu applikasi

RM30 Grab Pay Wallet

Salah satu sebab utama anda perlu menuntut RM30 inisiatif e-Tunai Rakyat ini menerusi GrabPay ini adalah kerana kehebatan applikasinya. Memang macam-macam ada di dalamnya. Lapar nak makan? GrabFood ada. Nak beli barang keperluan? GrabMart ada. Nak hantar dokumen? GrabExpress ada. Sebut je apa yang korang nak, semua benda ada dalam applikasi Grab ini. Korang tak perlu dah nak susah payah download macam-macam app. Ini la baru semua dalam satu!

Dinobat sebagai e-wallet terbaik 2019

grab pay credits

Kalau nak mula menggunakan e-wallet, mestilah pilih yang TERBAIK kan? Ha, untuk makluman, GrabPay telah dinobat sebagai penyedia perkhidmatan e-Wallet terbaik di Malaysia oleh Rangkaian Pembayaran Malaysia (PayNet) pada tahun 2019. Ini bermakna sistem GrabPay adalah selamat, mudah digunakan, boleh digunakan di mana-mana, pantas dan TERJAMIN. Sekali dah cuba, confirm jatuh cinta punyalah.

Cara Menebus RM30 e-Tunai Rakyat

Last but not least, sila tonton video di bawah untuk cara menebus RM30 menerusi GrabPay. Untuk makluman, pengguna baru atau pengguna lama kedua-duanya boleh tebus iniasitif daripada kerajaan Malaysia ini.

Sempena Tahun Baru Cina, Grab ada promosi Huatever yang menawarkan korang promosi menarik seperti yee sang, penghantaran hamper dan banyak lagi! Bagi korang yang suka guna perkhidmatan GrabFood, korang boleh menikmati diskaun 28% kalau korang order makanan di The Alley, Baskin Robbins atau Nandos.

the alley

Penebusan boleh dilakukan mulai 15 Januari 2020 sehingga 8 Mac 2020. Sekali lagi diingatkan, Siapa Cepat, Banyak Dapat. Jadi jangan berlengah lagi. Maklumat lanjut layari, laman web Grab e-Tunai Rakyat.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments