Baru-baru ini kecoh apabila Nur Sajat dan pasangannya, Coach Yin masing-masing memuat naik entri di Instagram Story seakan memberikan gambaran berlakunya perbalahan antara mereka. Timbul pelbagai spekulasi mengatakan mereka berdua sedang bergaduh sehingga naik tangan dan Sajat juga ada memuat naik foto kononnya dia dipukul sehingga tubuhnya lebam.
Ramai juga tertanya mengenai status hubungan percintaan mereka berdua. Dah putus atau “gaduh-gaduh manja”?
Segala persoalan terjawab apabila Sajat baru-baru ini menayang kekasih barunya yang kacak. Memang ‘high taste’ betul, memilih seorang lelaki dari Lebanon.
Kekasih baru Sajat
Memang kacak teman lelaki baru Sajat, seorang model terkenal dan merupakan Mr Photogenic Lebanon.
Coach Yin mengamuk?
Bercinta selama tiga tahun, memang agak sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati. Menerusi akaun Instagram, Coach Yin tampil memberikan reaksi terhadap cinta baharu Sajat.
Meskipun agak kecewa, Coach Yin bagaimanapun memberitahu dia kini lebih lebih tenang serta bahagia hidup solo.
Amboi, cepat betul Sajat ‘move on’ dan melupakan cinta hatinya yang dahulu. Ternyata kecantikannya mampu menggoda dan menawan hati jejaka di luar sana. Dapat “tangkap” lelaki antarabangsa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments