Nama Aliff Aziz nampaknya tidak pernah reda dengan kontroversi dan sering menimbulkan satu demi satu kekecohan.
Beberapa minggu lalu, viral video dia bertengkar mulut sambil menunjukkan kemaluan dan hampir bergaduh di hadapan restoran di Singapura masih segar dalam ingatan netizien. Tidak cukup dengan itu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran.
Agak dasyat juga pergaduhan kali ini, Aliff yang kelihatan memakai baju singlet putih dan seluar pendek berwarna biru dan memiliki tatu dibahagian belakang badan dikejar sehingga terjatuh dan ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum pergaduhan dileraikan oleh orang ramai. Ada sumber mengatakan, dia ketika itu berada dalam keadaan mabuk.
Tidak henti bergaduh sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya apa agaknya yang berlaku dalam kehidupan Aliff sehingga dia bertindak di luar kawalan?
Aliff alami gangguan mistik, terkena buatan orang?
Menerusi kenyataan di portal Harian Metro, bekas isterinya Bella Astillah memaklumkan bahawa bekas suaminya itu mengalami gangguan mistik. Terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.
Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila.
Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya.
Tidak dinafikan, walaupun zaman sudah moden memang ada lagi manusia yang percaya dengan ilmu hitam. Bila seseorang itu terkena sihir, ia boleh menyakiti atau mempengaruhi badan, akal serta hati dan bertindak di luar kawalan. Mungkin itu juga yang dialami oleh Aliff?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments