#Hiburan: Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci – Michael Ang

Baru-baru ini, penampilan Ahmad Fakhruddin Attar, anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang berambut panjang pada hari pertama sesi persekolahan mengundang kritikan netizen. Mereka mengatakan Akhtar nampak selekeh kerana bajunya berkedut dan macam-macam lagi kata-kata buruk yang dilemparkan.

michael ang anak aeril zafrel

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah Michael Ang yang menempelak sikap netizen yang gemar mengkritik dan memberikan komen tidak sopan terhadap anak pasangan selebriti tersebut. Dia tidak faham dengan netizen sekarang yang tidak henti mencari kesalahan orang lain.

michael ang

Terdahulu, menerusi laman sosial Twitter, Aeril berkongsi komen-komen kurang sopan netizen terhadap fotonya ketika menghantar anak ke sekolah. Jelas Aeril, dia hanya ingin mengabdikan kenangan bersama anaknya.

 

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments