Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh sememangnya dikenali ramai, namanya sehingga hari ini masih meniti dari bibir ke bibir kerana seorang ‘indie rockers’ berjaya membawa isterinya, Mizz Nina ke jalan yang diredhai Allah SWT selepas mereka mendirikan rumah tangga. Kisah pasangan ini sering menjadi inspirasi ramai.
Namun, aksi Noh yang menunjukkan isyarat lucah jari tengah ketika bergambar dengan ahli kumpulan Hujan telah mengundang rasa kurang senang netizen.
Netizen berpendapat, kapsyen di foto tersebut yang cukup indah bahasanya dengan pujian terhadap Tuhan, tidak sepadan dengan aksi Noh yang disifatkan kurang sopan.
Sebagai seorang selebriti dan turut bergelar ‘Haji’, Noh sepatutnya menunjukkan kelakuan dan akhlak yang baik. Jangan melakukan perkara yang hanya akan mengundang fitnah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments